Beli kids activity pad, digital weighing scale & kids safety harness pada harga berpatutan, hanya di LAZADA

hi there,

hari tu time Lazada 5th birthday sale, sempatlah juga beli tiga barang dari Lazada :)) ... harga pun berpatutan :)) ... I Love you, LAZADA! ... agak lama juga tidak membeli belah di Lazada, tak mcm tahun lepas, belian Lazada mencecah ribu raban, adoi! kemaruk beli barang atas talian sungguh :((

tahun ni, kembali ke pangkal jalan sekejap .... tahan diri dari membeli belah atas talian ...tapi tertumpas juga ketika Flash Sale Lazada hari tu ...


mrs pip beli :-

1/ Usborne Pirate Activity Pad - 190 pages
2/ Digital Bathroom Scale
3/ Haotom Kid Keeper Baby / Kids Safety Harness 

untuk Pirate Activity Pad tu , mrs pip akan gunakan untuk aktiviti di hujung minggu bersama lil' Iman dan lil' Amin ... dan yang digital weighing scale tu, pastilah untuk timbang berat badan mrs pip yang semakin menggebu ni :(( adoi, bilalah boleh turun berat ni ....

manakala yang safety harness tu, digunakan untuk lil' Iman yang semakin membesar ... kalau sekarang ni, kalau jalan2 di public / crowded areas, memang guna stroller untuk budak berdua ni, tapi lil' Iman semakin membesar, penggunaan stroller seakan akan sudah tidak sesuai, so still mengambil langkah berhati-hati, mrs pip belikan safety harness untuk dipakaikan kepada lil' Iman ...



barang dari Lazada yang buku dan penimbang berat tu, mrs pip terima last week Tuesday, manakala safety harness ni, mrs pip terima kemarin, hari Rabu ... safety harness ni shipped from overseas tu yang terima sedikit lewat ...

safety harness ni, cable tu nampak mcm plastik kan ... but I tell you, dalam kabel tu ada mcm gentian buatkan safety harness ni benar2 rasa safe for kids, tidak mudah putus dan tidak mudah untuk digunting ....klipkan satu di tangan anak, dan satu di tangan parents, cenggitulah caranya ...

mudah kan ....

kalau nak cari pelbagai pilihan barangan pada harga patut, layari laman web Lazada ... byk sangat pilihan ;))

cheers.


Post a Comment

0 Comments