Bila Telinga Anak Gatal, Mungkin Ada Infection

Bila telinga anak ada infection || hi there, ni pengalaman aku dulu (16.12.2016 - date aku refer dekat gambar ubat tu) bila Iman waktu tu berusia 3 tahun setengah , ada satu waktu tu setiap hari (dan berulang-ulang kali dalam sehari) Iman akan bising yang telinga dia gatal.

gatal gatal gatal.

Sampai aku pun naik kesian tengok dia asyik bebel telinga dia gatal. Dan masalahnya bila aku mahu korek telinga dia, mulalah dia lari jauh jauh tidak mahu aku kacau telinga dia!

Hurm. Jadi satu waktu tu aku pujuk jugalah supaya benarkan aku periksa telinga dia, akhirnya dia makan pujuk.

Sekali aku korek telinga dia, cecair warna putih bercampur dengan warna coklat, siap bau tu pula mak oiii busuk!

Kita mak mak ni mesti instinct kuat. Aku rasa time tu telinga anak aku kena infection. Petang tu juga aku bawa mr.Husband ke klinik untuk Iman check-up telinga dia.

Aku membayangkan macam-macam dalam telinga si Iman! haha, imaginasi melampau lampau. Aku terfikir manatau ada giuk giuk menari dalam telinga si Iman ni.

Sorrylah Iman, mommy kau ni kadang-kadang bila panik, entah macam macam mommy fikir.

Cerumol ubat telinga


Bila doktor periksa telinga si Iman waktu tu, sebelah kanan tu memang ada infection. Ni yang telinga time aku bersihkan ada cecair busuk tu keluar.

Jadi yang ni kena letak antibiotik selama 5 hari berturut turut, 3 titik antibiotik (Enclor) x 3 kali sehari.

Manakala telinga kiri lain pula ceritanya.

Telinga kiri si Iman ni memang aku nampak ada benda hitam dekat dalam, aku suspect tu mesti tahi telinga degil tak mau keluar.

Tetapi, rupa-rupanya apabila doktor periksa, itu ialah kotoran telinga yang 'block' saluran telinga Iman.

Jadi, doktor bagi ubat melembutkan tahi telinga. Nama ubat tu CERUMOL, 5 titik x 3 kali sehari.

Hah! tu lah degil tidak mau mommy bersihkan telinga kan. Memang Iman ni waktu umur-umur 3 tahun, paling susah mau bersihkan telinga dia. Dan aku pula jenis malas berperang dengan anak, jadi biarkanlah ....

Selepas tu, temujanji 'follow-up' dibuat, kena datang lagi selepas 4 hari. mr.,Husband bawa Iman datang jumpa doktor semula.

Telinga kanan clear from any infection, dan telinga kiri tu, doktor guna satu alat masukkan dalam telinga dan sedut kotoran keluar.

Mengikut cakap mr.Husband la kan, kotoran telinga kiri lil' Iman tu berketul ketul warna hitam ... OMG!

hurm, tu lah Iman ni, dulu time age 2 years old kan, lil' Iman memang tak nakkkkkkkkkk mommy bersihkan telinga, langsung telinga tak boleh sentuh!

see, what happened? tu semua simpanan selama setahun! haish!

Tetapi one thing lah aku belajar daripada kejadian ni, kalau anak kecil cakap telinga mereka gatal gatal walaupun selepas dibersihkan guna cotton bud tu, cepat cepat lah bawa jumpa doktor untuk pemeriksaan.

Moreover, telinga ini is a very gentle organ, so lebih baik serahkan kepada yang pakar ... anyway, thank doctor for removing Iman ear wax.

Oh ya, Cerumol tu korang boleh beli kat farmasi, sebotol dalam RM10.00 macam tu lah. Setiap kali mak mak nak bersihkan telinga anak, boleh basahkan dulu cotton bud tu dengan cecair Cerumol.

Kalau telinga anak ada kotoran / ear wax, Insya Allah senang untuk bersihkan.

Tu sajalah mahu berkongsi pengalaman lalu berkaitan penjagaan telinga anak.

Semoga bermanfaat untuk semua.

cheers.

Republished 3/2021, 1/2024

Post a Comment

2 Comments

  1. Bila sakit dalam telinga tu memang tak selesa, saya pun pernah rasa..risau sangat ingat ada problem besar

    ReplyDelete
  2. Atas titah Permaisuri Cuya, Kerajaan Kelapa menjemput tuan hamba untuk menyembah duli menyertai giveaway yang sedang berlangsung di blog Kerajaan Kelapa.

    Yang benar,
    Permaisuri Cuya.

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2024/01/giveaway-sampul-raya-rare-2024.html?m=1

    ReplyDelete

Terima kasih melawat blog Mrs Pip, dan sila komen dengan berhemah. Live link tidak dibenarkan di ruang komen.