5 Petanda Anak Anda Bersedia Untuk Potty Training

hi there, Iman walaupun sudah berjaya potty training di siang hari,  tapi mrs pip masih ada mission yg belum selesai tentang potty training Iman... Mission seterusnya ialah potty training di malam hari ketika Iman tidur...

sekarang ni Iman still pakai diapers tiap kali tidur malam...  Oh I wish no more diapers at nite... mrs pip masih mencari cara yg efektif bagaimana untuk buat Iman tidak perlu pakai diapers di malam hari dan boleh bangun tiap kali terasa ingin buang air.... 

5 Petanda Anak Anda Bersedia Untuk Potty Training

Mak mak sekalian ada tips yang berkesan tak?

5 Petanda Anak Anda Bersedia Untuk Potty Training


Tapi sebelum tu, mrs pip nak share tanda tanda yang anak kecil anda mungkin sudah bersedia untuk aktiviti POTTY TRAINING...

  • 1 -  Anak kecil anda boleh bercakap atau memberi isyarat yang dia mau / sedang buang air kecil / besar.  Pada satu tahap umur,  anak kecil mempunyai kemampuan untuk memberitahu apa yang dia mahu atau sedang lakukan.  Anda perlu peka terhadap apa yang anak anda cuba sampaikan. 

  • 2 -  Pandai menanggalkan seluar sendiri setiap kali hendak buang air kecil / besar. Sekiranya hal ini berlaku,  anak anda berada di suatu peringkat di mana dia memahami setiap kali dia mahu / sedang  buang air,  dia perlu menanggalkan seluarnya... dan ada sesetengah anak kecil bukan sahaja menanggalkan seluar, malah bijak menanggalkan diaper mereka. 

  • 3 -  Anak kecil anda memberitahu anda untuk mencuci butt-butt mereka setiap kali buang air besar.  Anak kecil anda memahami setiap kali mereka membuang air besar,  maka butt-butt mereka perlu dicuci dan dibersihkan. Anda sudah tidak perlu lagi memeriksa samaada mereka sudah selesai dgn THE BIG BUSINESS atau tidak, malah anak kecil andalah yang akan datang kepada anda untuk memberitahu bahawa THE BIG BUSINESS sudah selesai. 

  • 4 - Sesekali atau kerapkali anak kecil anda menunjukkan arah tandas tiap kali mahu membuang air kerana mereka mempunyai perasaan ingin mencuba membuang air menggunakan POTTY.  Sekiranya hal ini terjadi,  layan saja permintaan anak kecil anda kerana dia sedang berada dalam fasa 'wean the diapers off'. 

  • 5 - Anak kecil anda menunjukkan reaksi kurang selesa menggunakan diapers dan seringkali mahu menanggalkan diapers yang dipakai.  Ini petanda yang baik anak anda mungkin sedang memberi anda isyarat bahawa dia sudah tidak selesa menggunakan diapers. 

Ini adalah antara tanda tanda awal mungkin anak anda boleh memulakan POTTY TRAINING. Perlu difahami,  POTTY TRAINING mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum berjaya,  dan kadangkala ianya menjengkelkan dan memberi tekanan emosi kepada anda,  namun anda perlu bijak menangani segala tekanan.

Anda hanya perlu berseronok melalui peringkat POTTY TRAINING bersama anak anda,  berikan mereka galakan dan sokongan. 

Ada banyak lagi tanda tanda lain yang mungkin menunjukkan anak anda bersedia untuk melalui POTTY TRAINING,  anda sebagai ibu perlu peka terhadap perkembangan kemahiran anak anda.

POTTY TRAINING boleh bermula seawal usia anak anda sudah pandai berjalan atau pada peringkat anak anda sudah pandai memberi isyarat yang dia mahu / sedang membuang air. Setiap anak anak kecil itu berbeza tahap kemahiran mereka,  seperti lil' Iman dan lil' Amin...


lil' Iman agak lewat mempunyai tanda tanda bersedia untuk melalui POTTY TRAINING, iaitu pada usia tiga tahun setengah,  walaupun sebelum ini pernah melalui POTTY TRAINING dua kali tapi tidak berjaya, manakala lil' Amin pada saat ini di usia 23bulan, sudah menunjukkan tanda tanda yang dia siap sedia untuk melalui POTTY TRAINING dan mrs pip bercadang untuk melakukan POTTY TRAINING genap usianya dua tahun.

untuk mak mak sekalian,  jangan rasa tertekan kalau kalau anak anda lewat menunjukkan tanda tanda bersedia untuk POTTY TRAINING,  apa yang penting adalah anda galakan daripada anda.

cheers.

Post a Comment

0 Comments