test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Tuesday, 31 May 2016

Trip Ke Seoul Day 2 (Part 3) Kembali ke zaman budak budak di Petite France

hello there,

Bonjour Petite France !

sampai juga mrs pip di sini ... memula tengok drama Secret Garden kan, tempat ni mcm biasa biasa jer, tapi yang menarik perhatian tu time tengok Beethoven Virus ... banyak scene menarik dalam drama tu dilakonkan di Petite France, then terus jatuh hati nak datang sini T_T

**** Secret Garden lakonan Ha JI Won dan Hyun Bin,
**** Beethoven Virus lakonan Kim Myung Min, Lee Ji-ah, dan Jang Geun Suk ...



***************

selesai dari Nami Island, mrs pip and mr.Husband melawat Petite France ... untuk ke sini, kami menaiki shuttle bus tidak jauh dari jeti Nami Island , dan bayaran untuk shuttle bus ni 5,000 won seorang dan tiket ni sah untuk sehari perjalanan ... shuttle bus tu pula singgah di beberapa lokasi menarik tau, terpulang pada anda nak melawat tempat yang dilalui oleh shuttle bus tu ke tak ... tapi kalau nak menyinggah semua, nampaknya kena lah bermalam di Gapyeong , ngee ;)


depan pintu masuk Petite France, wajib bergambar di sini T_T


mr.Husband beratur beli tiket masuk .... entrance fee 8,000 won seorang T_T


dah dapat tiket masuk, bolehlah mulakan perjalanan terjah Petite France ... boleh tahan juga bangunan dalam Petite France ni ...

****************

terjah dulu brochure petite france ni

laluan di Petite France
wajib baca brochure ni sebelum memulakan lawatan di Petite France,
memudahkan anda nak lawat yang mana dulu T_T

senarai lokasi yang menarik harus lawat
****************
kalau ikut hati, semua lokasi pun nak diterjah, tapi sob sob sob, kekangan masa membuatkan mrs pip and mr.Husband tak habis nak pusing semua tempat ;(

apapun, mrs pip belanja antara gambar gambar mrs pip and the family
di sekitar Petite France


house of european dolls






ada orang perasan kuat , muehehe

oh ... ke perancis kita


antara barang yang dipamerkan di luar bangunan

nak ayam satu!


lil' Iman punya happy dapat duduk atas kuda tu T_T




bangunan tinggi tu, salah satu lokasi penggambaran Beethoven Virus
femes tau bangunan ni di kalangan peminat KDrama yang dah
menonton Beethoven Virus


yang ni pula lokasi penggambaran Secret Garden ....

eh eh, baju biru berkilat tu la ...
kalau yang tengok drama secret garden, sure tau tagliine baju biru tu kan 

yeah ... dah tawaf satu pusingan ...
boleh tahan la juga penat ...

rasa mcm nak bawa jak deko buat hiasan depan rumah mrs pip
von boyage
kalau boleh, nak lagi spend time lama lama di petite france, tapi kita kejar masa nak visit tempat lain, so jom balik !

p/s: tunggu je depan petite france tu, ada bus stop, nnt shuttle bus tu akan datang on time tau untuk balik ... naik shuttle bus ni, mrs pip stop di Cheongpyeong, beli tiket ITX dan balik semula ke Anguk Station ;p 


Sunday, 29 May 2016

Sepetang di Sungai Kiulu (Part 2)

hi there,


sambung sikit cerita kami sepetang di sungai kiulu ...

sebelum sampai ke kiulu, mr.Husband singgah kejap di Tamparuli, nak check lokasi next coming catering ... dah check tempat tu, dah ok, so mr.Husband said better pigi Kiulu dah alang alang dekat dengan Tamparuli, though pada awalnya plan untuk pigi pantai dalit :p


mrs pip punya happy once sampai sungai kiulu ni .... aman damai weh .... tengok muka wefie pun happy, tapi lil' armies ni layan sungai ambil feeling, tak nak layan mommy berwefie ...

sungai yang bersih 
layan perasaan tinguk sumgai 
serius, bukan senang nak cari sungai bersih jernih mcm ni ... kalau di KK, rasanya sungai dah tercemar sedikit kan ...

lagi mencuba berwefie with the family .... tapi lil' armies busy la nak bercerita tentang sang kancil dan buaya ... hurm ....

geng tiga sahabat .... lil' Iman dekat dekat lil' Amin berlaga pipi tu kan, ekceli dia takut duduk kat belakang truck ni ... isu gayat lil' Iman ni tak habis lagi ni ... ;((((


Friday, 27 May 2016

Bila anak lambat pandai bertutur, apa harus ibu buat?

hi there,

so 2 weeks ago bawa lil' Amin pigi klinik buat regular check up untuk 18bulan age kan ... biasalah masuk klinik, kena sukat tinggi dan timbang berat T_T ....

kita sukat tinggi, height ok ...
kita timbang berat, weight errrrr ... mcm sesuatu ja ...

time lil' Amin 12bulan age, berat dia 9.95kg, then nurse bagi multivitamins .... ok kita bagi la minum tiap hari, then 3 bulan kemudian kita timbang, berat lil' Amin 10kg, punyalah sikit berat dia naik ...

tu yang berat time 15bulan age, now 18bulan age .... timbang berat, check tingu screen, berat dia cuma 10.4kg ..... sikit ja naik ... lil' Iman dulu umur 18bulan, dah berat 12kg ....

menunggu giliran untuk jumpa nurse
so, time giliran dipanggil masuk jumpa nurse, soalan biasa dorang tanya mesti

"ada apa apa yang merisaukan puan mengenai tumbesaran anak?"

lepas tu nurse tu sambil menyoal, sambil plot graf di buku kesihatan anak ... sambil mata mrs pip pun busy la nak tengok graf tu ok ke tak .... muehehehe, concern ma! nnt anak malnutrition kan ...

then bgtau kat nurse tu

"anak saya ni lambat sangat naik berat badan"

nurse tu senyum  and tunjuk graf yang dia plot

"puan janganlah risau, dari graf yang diplot ni, berat ok, tinggi ok, BMI ok, cuma lilitan kepala ja ada besar sedikit, tapi still dalam lingkungan selamat"

ah? apa tu? .... penting ke nak ambil tahu lilitan kepala anak?

so, all these years, memang mrs pip tak berapa nak ambil tahu pasal lilitan kepala, cuma kali ni ja la mrs pip tergerak hati nak bertanya lanjut coz mcm ada yang fishy pula rasanya cara nurse tu cakap ...

"kenapa perlu tahu lilitan kepala anak?"

nurse tu jawab penuh lemah lembut

"puan, lilitan kepala ni penting untuk kita monitor coz mana mana anak yang ada lilitan kepala besar, kita concern kalau kalau ada lebihan air"

..... so, lil' Amin ok ke tak lilitan kepala?

"anak puan ni, lilitan kepala dia ada besar sedikit, tapi kalau tengok di graf ni, still dalam garisan selamat, next check up kita tengok lagi mcm mana nnt"

ok, rasa selamat ... tak perlu nak risau lebih lebih ....

next , language lil' Amin pula ....

seriusly, lil' Amin ni lambat bercakap berbanding lil' Iman ... lil' Iman at teh age of 18months, sudah boleh susun 2-4 perkataan menjadi ayat ... no baby talk pula tu .... tapi lil' Amin, dia tak boleh susun ayat, dan dia cuma boleh sebut beberapa perkataan dengan jelas (bukan baby talk) ....

lil' Iman pun nak juga timbang badan dan sukat tinggi
T_T

lepas jumpa nurse, kena jumpa doktor pula .... hurm ;(

bila giliran lil' Amin jumpa doktor, tengok buku kesihatan lil' Amin, doktor pula concern tentang language lil' Amin ....

"anak puan tak boleh langsung susun beberapa perkataan jadi satu ayat?"

mrs pip angguk

"apa yang dia boleh sebut dengan jelas, at least three words?"

mrs pip jawab "dia bileh cakap "itu" dan "minum" dengan jelas, yang lain tu baby talk"

"such as?" doktor tanya lagi

"mom=makan, nen=susu, bak=peek-a-boo ... yang lain lain dia tunjuk melalui perbuatan dan lenggok badan" bagitau mrs pip

"hurm, ok ... kena hantar anak puan pigi terapi language"

deng! .... so doktor bagi satu borang, kena pigi fisio buat appointment

tapi since klinik fisio petang tu dah tutup, mrs pip kena datang buat appointment esoknya ....

after siap dari klinik, mrs pip bagitau mr.Husband (yang setia menunggu mrs pip di ruang menunggu), tentang lil' Amin kena attend terapi .... bincang punya bincang, end up kita tak buat appointmenr terapi tu coz mr.Husband sangat optimist yang lil' Amin perlukan sedikit masa sebelum pandai menyebut beberapa perkataan lain lagi ....

kita mak mak ni, worry tu memang la worry, tapi hey! he just 18months ok ... dan all this while dia boleh faham dan ikut arahan, cuma dia a bit delay untuk bertutur ....

2 weeks later (now, today) .... lil' Amin boleh bercakap "let's go" dan "mommy"....

fuh! lega ....

to all mak mak, jangan terlalu risau kalau anak anda belum boleh bertutur seperti yang di-expect-kan mengikut umur mereka ... some toddler memang laju ja bercakap , tapi some tu tidak .... apa yang penting, kita yang mak mak ni kena rajin bawa anak berbual dan didik anak untuk bercakap sepatah sepatah , perlahan lahan ... jangan cepat jemu dan jangan pula terlalu memaksa si anak ....

mcm kes mrs pip, lil' Iman dan lil' Amin berbeza perkembangan tumbesaran ... tapi mrs pip tak boleh samakan kalau lil' Iman pandai bercakap pada usia 18bulan, so lil' Amin pun mesti harus wajib pandai bercakap pada usia yang sama kan .... lain anak, lain la growth development mereka .... lain anak lain lah cara untuk mendidik mereka, kena ikut kesesuaian  ....

happy parenting you olls T_T

xoxo, cheers :)

 

Thursday, 26 May 2016

Lil' Iman and his lorry

hi there,

lil' Iman nowadays kalau dibawa berbual, dia bijak memberi response .... tapi kan, mrs pip perasan, dalam banyak banyak response, dia kerap kaitkan dengan satu benda ...

for example:

me: tadi Iman buat apa?
Iman : tadi Iman tingu lori ...

***************************************

me: Iman sudah makan?
Iman: sudah
me: Iman makan apa?
Iman: Iman makan nasi, ada fish dan telur
(kemudian lil' Iman akan rhymed kan lagu "itik bertelur ayam mengeram")
me: Iman suka tak makan nasi, fish dan telur?
Iman: suka.... memang sedap mommy masak. Lori pun suka mom-mom (eat) ....

Iman: kasi mom-mom lori juga, nanti lori lapar ni .... (pointing at his lorry toys)
me: pretending feed the lorry *sob sob*

***************************************

Iman: mommy, ada lori la ... (sambil tunjuk di lori di luar tingkap)
me: Lori apa tu?
Iman: tu lori kontena, dia angkat barang
me: ok, biarlah lori angkat barang, let's go sleep sleep
Iman: kesian lori, dia work work ... laterlah lori tidur

***************************************

me: Iman, tadi ada birds kan di sky, dia fly high
Iman: ya, ada birds di sky tu, dia mau go home ... lori pun go home

***************************************

me: Iman, baju Iman ni color apa?
Iman: looking at his shirts then randomly cakap baju Iman color blue .... mommy ni lori (pointing at his lorry), lori color apa ni?

***************************************

me: Iman, hari tu kita balik kampung, Iman ada jumpa siapa?
Iman: Iman jumpa pohpoh, kungkung, auntie, cheche .... ada lori tu di kampung
me: yeah, ada lori buruk di kampung kan (teasing him)
Iman: Don't la lori buruk .... bukan lori buruk .... itu lori uncle, lori so big



***************************************

me: Iman nanti grow up, Iman mau jadi apa?
Iman: Iman mau lori

***************************************

me: Iman ada take bath tak tadi?
Iman: ada ... take bath sama lori

***************************************

ok ....
end of conversation ... seriously, semua pun lil' Iman relate dengan lori ;p

lil' Iman memang suka lori .... obsessed I think .... hurm, why lori?

kalau kita jenjalan, and daddy tengah driving and ada lori kan,
lil' Iman la paling excited ... siap tahu jenis jenis lori ....

lori kontena
lori minyak
lori kren
lori tundu (towing car)
lori bomba
lori sampah
lori barang

it's ok lil' Iman, grow up well T_T



Wednesday, 25 May 2016

Nuffnang, thanks for the invitation T_T

Hi there ,

quite busy pula mrs pip this few days, tak sempat sempat nak buka email ... once buka, banyaknya email masuk, dan kenalah skrol satu satu kan tengok mana yang penting kena baca, yang tak penting spam bagai tu kita delete ja la terus , bazir bazir masa nak buka baca T_T

let's go baby
eh eh, for the 3rd and 4th times la Nuffnang datang menjemput mrs pip kalau kalau nak attend events dorang kan ... yang 1st tu quite sometime la juga events Courts, yang 2nd tu event Chang Beer... hahaha, yang 2nd ni confirm kita attend yer cik Nuffnang ....

then dapat lagi invitation yang ketiga ni ... untuk haircare product Svenson ... ouch! lokasi sungguh merentasi sempadan , sob sob sob .... kalau lokasi very the matching dengan tempat tinggal mrs pip ni kan, sure nak join tau ... dah la mrs pip ni memang kekadang ada masalah rambut , so kalau dapat attend event ni mesti dapat tambah ilmu tentang penjagaan rambut .... *sambung sob sob lagi*

jemputan yang ke-4 ni lagi best! nak SANGAT la join, tapi once again la kan, like I said, lokasi merentasi sempadan ...... huhu! so tak dapat la nak join ... lagi 2nd reason, ni kena bawa anak umur 4 tahun ke atas, so memang kita disqualified la juga walaupun let say mrs pip boleh attend tapi lil' armies baru berusia 3 tahun dan setahun enam bulan :( ....

hurm .... Nuffnang, nampaknya kita belum berjodohan .... mungkin di lain kali .... alahai Nuffnang ni, bila nak buat events di Kota Kinabalu? .... sure kita attend punya, insya allah T_T

tapi apapun, thanks for the invitation ....

xoxo.


Monday, 23 May 2016

Sepetang di Sungai Kiulu


hi there,

last week when mr.Husband ajak pigi Tamparuli atas urusan kerja, mrs pip memang happy coz alang alang suda sampai Tamparuli, better singgah piknik di pantai dalit , bukannya jauh pun T_T ...

so, mrs pip sediakan sedikit makanan such as nasi goreng, ayam goreng, minuman sejuk, biskut .... dah sampai Tamparuli, mrs pip and anak anak tunggu dalam kereta ... layan lil' Iman and lil' Amin meragam kejap :) .... selesai urusan mr.Husband, then mr.Husband cakap, dah alang alang di Tamparuli, better ambil angin di Kiulu rather than mau piknik di pantai dalit ... deng!

ishhhhh, dah kita mengidam nak ke pantai dalit, kiulu la pu jadinya ;( ... memula muka masam kan, tu biasalah perangai mrs pip ni, tapi after one minute, muka kembali ceria ... hohoho, kita merajuk jenis tak lama  .....



lil' Amin relax ja duduk dalam kereta, tapi hp mommy tu asyik kena jadi bahan mainan dia ler kan, kalau ndak dibagi, nnt meraung pula budak kecik ni :)


tu ja la bekalan makanan yang tak seberapa kononnya untuk berpiknik di pantai dalit ... dush dush, akhirnya bertukar pula ke sungai kiulu T_T


yeah, dah sampai pun  ... very the nice la this place, i loike!
tu la kan , memula ja merajuk sekejap nak juga layan hati pigi pantai dalit, see ... this place is better than pantai dalit :)


dua beradik ni kita letak di belakang truck ... coz ni sungai kiulu kan, jangan memandai nak bagi dorang lepas berkeliaran di tanah ... kang tak pasal pasal, ada yang terjun sungai ... arus sungai ni boleh tahan la juga derasnya ... dah la mrs pip ni dah retired dari swimming , so better for safety, anak anak berdua duduk belakang truck je ok T_T


geng tiga sekawan ...

hana dul set ... ermmmm, tiada sesiapa nak tengok kamera ke? semangat mommy ambil gambar ni!
apalah yang lil' Iman bualkan buat lil' Amin khusyuk mendengar ... see, daddy pun nak juga dengar apa yang lil' Iman talking talking ...


before kita start makan makan, kita snap snap gambar dulu ... nnt once dah makan, memasing busy nak makan dan lepas tu sure malas sesangat bergambar ... layan sangat perut tu kan , ngee :)


ndak rugi mr.Husband insists datang sini ... hahahaha, aman damai la tempat ni ... nextime datang nak bawa tikar sekali ... satu untuk anak anak duduk atas truck, satu untuk mrs pip and mr.Husband bersantai di atas tanah T_T ... sure best!

jom makan!
nnt kita sambung ambil gambar lagi T_T



Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017