test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Thursday, 8 June 2017

Movie review : Arrival + Green Zone + 10 Cloverfield Lane + The Martian + Unbroken

hi there,

hari ni terasa mcm nak buat review movie pula. since agak lama juga tidak tengok movie, we have no astro so bila nak tengok movie, either 'youtubing' atau beli CD saja, but recently tak perlu dah nak beli CD, ada seller jual pakej movie + OTG Pendrive ... we bought 60 movies + OTG  pendrive tu dengan harga rm106 ....

OTG pendrive ni just plug di TV, then terus boleh pilih nak main movie mana satu. lagi senang dari nak guna CD Player ... hehe ... dan apabila dikira-kira balik kan, quite cheap la juga berbanding beli 1 movie 1 CD yang harganya sekitar rm5 hingga rm7 each .... lepas tu masalah juga bila dah byk sgt koleksi CD movie, rak penyimpanan penuh ...

with a glass of hot drinks,
sit and relax, enjoy the review :)

dah tengok beberapa movies so far .... ada yg best ada yang tak, ada yg langsung tak faham movie tu cerita apa .... semangat pula nak buat movie review tetiba T_T ....

ARRIVAL (2016)


movie ni pada permulaannya nampak mcm best, rasa nak follow the whole movie, lagi lagi peranan utama dibawakan oleh amy adams, I like her. tapi makin lama makin macam membosankan, mcm jalan ceritanya tidak berkembang...

menceritakan tentang kedatangan 12 kapal angkasa makhluk asing yang datang ke bumi, dan salah satu kapal angkasa tersebut berlabuh di montana. louise lakonan amy adams yang menjadi pengkaji bahasa bersama saintis Ian Donelly berusaha untuk memecahkan kod bahasa makhluk asing tersebut untuk mengetahui sebab sebenar mengapa mereka mendarat di bumi.

louise juga mengalami 'life flashback' ketika berusaha untuk memecahkan kod tulisan makhluk asing tersebut, dia selalu terlihat anak perempuannya yang sudah meninggal dan melihat kehadiran Ian di dalam hidupnya yang seolah olah menjadi bapa kepada anak perempuannya...

mrs pip tak berapa nak faham, how to relate cerita makhluk asing ni dengan cerita kehidupan louise yang kejap kejap flashback life dia dgn anak perempuan dia tu ...

serius, movie ni tidak berkenan di jiwa mrs pip .... sama ada loiuse tu flashback atau flashforward life dia, langsung tak related dgn cerita makhluk asing ni .... rating 2/10

GREEN ZONE (2010)



korang suka tengok cerita tentera US menawan Iraq? boleh layan cerita ni ... moreover, Matt Damon memegang watak utama sebagai army chief boy officer Roy Miller.

Miller ditugaskan bersama kumpulannya untuk mencari tapak yang disyaki sebagai tempat penyimpanan WMD (weapon of mass destruction) di Baghdad ketika pencerobohan US di Iraq pada tahun 2003. namun setiap lokasi penyimpanan yang diserbu Miller, hanyalah gudang kosong. dan pada serbuan ketiga, Miller mula merasakan ada sesuatu yg tidak kena dgn data perisikan yang diberikan kepada mereka.

tidak berpuashati dgn keadaan tersebut, Miller mula mempersoalakan keupayaan pihak perisikan yang memberikan mereka maklumat yang tidak tepat. Miller mula mengubah haluan, tidak mengikuti arahan dan ingin mencari kebenaran samada benar atau tidak wujud WMD di Iraq pada ketika itu, namun usahanya dihalang oleh US Department Defense Official, Clark Poundstone.

Miller bertemu secara kebetulan dengan Martin Brown, salah seorang agent CIA dan memberitahu lokasi seterusnya yang Miller akan serbu sudahpun diserbu oleh pihak UN dua bulan lepas dan ianya juga adalah gudang kosong. dan Miller juga secara kebetulan disapa wartawan yang pernah menerbitkan artikel mengenai kewujudan WMD satu ketika dahulu. adakan WMD benar benar wujud di Iraq sehingga ianya dijadikan agenda untuk menawan Iraq oleh pihak US?

movie ni tidak akan mengecewakan anda. dan jalan ceritanya penuh suspen dan akhirnya kebenaran yang dicari Miller terbongkar juga, dan ianya ada kaitan dengan Clark Poundstone. nak tahu ending, kena tengok sendiri, muehehe. rating 8/10

10 CLOVERFIELD LANE (2016)



cerita ni tentang wanita bernama Michelle yang mengalami kemalangan jalanraya. selepas dia tersedar, dia mendapati dirinya berada di dalam sebuah bunker, dan kakinya diikat pada dinding bunker tersebut.

Howard, lelaki yang menyelamatkannya memberitahu bahawa terdapat serangan mahkluk asing di luar sana dan mereka berada di bawah tanah tempat persembunyian yang dibuat Howard, dan ianya tempat yg selamat untuk berlindung.

bukan michelle dan howard sahaja yg berada di dalam bunker tersebut, tapi juga Emmett yang membantu Howard menyiapkan bunkernya tidak lama dahulu.

Michelle berasa kurang percaya dgn cerita Howard namun untuk melepaskan diri bukannya sesuatu yang mudah kerana bunker tersebut dikawal rapi oleh Howard. Michelle menjadi serasi dgn Emmett, walaubagaimanapun Howard berasa kurang senang dgn keadaan tersebut. Howard cuma merasakan hanya Michelle sahaja yang seakan akan anak kesayangannya, dan sukar utk menerima kehadiran Emmett.

Jalan cerita bagi movie ni agak lambat, tapi still seronok untuk difollow. Emmett dibunuh kejam oleh Howard menggunakan perchloric acid kerana Howard mendapati antara Emmett dan Michelle, ada perkakasannya yg hilang, dan Emmett mengaku dia mengambil perkakas tersebut untuk dijadikan senjata dalam cubaan mencuri pistol Howard.

berjaya atau tidak Michelle melarikan diri dan benar atau tidak terdapat serangan mahkluk asing di luar, korang kena tengok cerita ni. rating 6/10

THE MARTIAN (2015)


menceritakan tentang sekumpulan angkasawan yang membuat penyelidikan di planet Marikh, dibintangi oleh Matt Damon sebagai Watney, dan berlaku angin ribut di Marikh ketika penyelidikan sedang berjalan, membuatkan ke semua angkasawan perlu balik ke kapal angkasa untuk meninggalkan Marikh.

namun malang bagi Watney, ketika perjalanan menuju ke kapal angkasa, Watney dilanggar oleh debris dan diterbangkan dalam ribut angin yang kuat, dan memaksa anggota lain berlepas meninggalkan Watney keseorangan di Marikh. telematri pakaian Watney menunjukkan Watney sudah mati, dan rakan sepasukannya juga terdesak untuk meninggalkan Marikh sebelum berlaku perkara yang lebih buruk.

selepas angin ribut berlaku, Watney tersedar dengan bekalan oksigen rendah dan mengalami kecederaan. Watney berjaya kembali ke hab (pusat penyelidikan dan tempat tinggal sementara di Marikh) dan bermulalah kehidupan solo Watney di Marikh, dan berusaha untuk menjadi survivor.

sementara di Bumi, pihak NASA mengadakan upacara pengembumian Watney dan memberitahu umum bahawa Watney sudahpun disahkan meninggal dunia. selang beberapa waktu, Mindy Park sebagai satellite planner mendapati berlaku aktiviti di Marikh di kawasan kajian di mana Watney ditinggalkan, dan yakin Watney masih hidup, maka bermulalah misi menyelamatkan Watney.

walaupun sekadar cerita fiksyen, yang seronok mengenai wayang ini ialah, ia mengajar kita untuk jangan cepat berputus asa walaupun menghadapi keadaan yang sukar. selain itu, ia juga mendidik kita untuk menjadi lebih kreatif, dan menghargai nilai persahabatan / kemanusiaan. rating 8/10

UNBROKEN (2014)


cerita mengisahkan tentang perang dunia ke-dua. Louis Zamperini merupakan askar pengebom yang membawa jet pengebom US B-24 Liberator. Zanperini juga merupakan pelari sukan Olimpik untuk negaranya.

pada April 1943, Zamperini ditugaskan untuk mengebom Pulau Nauru, sebuah pulau yang ditawan Jepun. dalam pertempuran tersebut, jet yang membawa Zamperini mengalami kerosakan dan terhempas di lautan, bersama dua rakan seperjuangannya Phil dan Mac.

mereka bertiga berjaya mengapungkan diri menggunakan dua raft yang berjaya diselamatkan ketika kapal terhempas di lautan. misi mencari mereka berlangsung selama tiga hari berturut2 namun lokasi mereka tidak berjaya dikesan,dan misi menyelamat dibatalkan akhirnya.

pada hari ke-27 di atas lautan, mereka melihat kapal terbang melintas melalui mereka dan mereka memberikan isyarat meminta pertolongan, namun ianya adalah kapal terbang musuh, iaitu kapal terbang tentera Jepun, dan mereka ditembak balas.

pada hari ke-33, Mac meninggal dan mayatnya terpaksa diturunkan ke laut.

pada hari ke-47, kapal laut Jepun melintas di depan mereka, dan akhirnya mereka ditawan. dan bermulalah cerita kehidupan mereka menjadi tawanan Jepun, dan segala bentuk seksaan dilakukan ke atas mereka.

Zamperini dan Phil dipisahkan dan dibawa ke kem tahanan Jepun yang berlainan. Zamperini dihantar ke kem tahanan Omori di Tokyo yang dijaga oleh korporal yang zalim bernama Watanabe. berlaku siksaan demi siksaan ke atas Zamperini. berjayakah Zamperini menahan segala siksaan?

ada sesiapa yang suka dengan cerita perang dunia ke-2? cerita ini tidak membosankan, dan memang sakit hati tengok Watanabe tu ... hish! kejam sungguh tentera Jepun ni ... dan cerita ini based on true story tau .... kalau korang suka tengok cerita perang based in true story, selain cerita UNBROKEN ni, korang juga wajib layan cerita THE RAILWAY MAN. rating 8.5/10

insyaallah mrs pip rajin, nanti mrs pip review lagi beberapa movie yang berjaya ditonton sekitar bulan Mei-Jun ... hish, penangan mak mengandung kot, asyik nak tengok movie saja ni ... muehehe.

cheers.

9 comments:

  1. wow kak layan movie oh...MV ni lps kerja kadang layan movie pun nda sempat terpaksa layan novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau mrs.husband temankan tengok sama sama, rajinlah kak pip tinguk dari mula sampai habis, tapi kalau layan sorang2, last2 tv tu yang tinguk kak pip ....

      Delete
  2. arrival tu tgk di astro siap beli iolss. tgk mcm siuk dia pny cover. sekali suda apply, nyesal nda suda. xbrapa nak faham. Ju suka tgk unbroken tu, even ulang tayang balik2 d astro pun ju tgk sb mmg sarat dgn pgajaran. Lagi2 based on true story

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah Ju, saya pun terpedaya dgn cover arrival tu ...mmg ndak best la movie arrival ni.. yg lain2 tu semua ok, and unbroken tu, best tp ada momen sedih ... rasa mcm mau nangis juga tinguk.

      Delete
  3. Semua saya x tengok lagi...huhu. sebab bukan taste saya kot. 60 movie, pergh sedaplah maraton

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, bukan semua 60 movie tu best, ada juga yg mrs pip tengok half terus reject tak nak tengok...

      Delete
  4. Antara yang atas tu, satu pun Sha tak tengok lagi.. Hehehe..
    Tapi hubby Sha dah tengok The Martian tu.. Dia kata best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mr.husband saya pun suka the martian, mrs pip prefer green zone pula...tapi kitorang mmg suka matt damon ... selalu movie dia tu tak menghampakan ....

      Delete
  5. 10 Cloverfield lane macam menarik je. Unbroken pon sbb memang tertarik dgn movie pasal WW2 ni. Arrival akak ckp tak best saya pon malas, tapi sebenarnya muak dah movie camni. Rasanya diorang buat flashback tu nak bagi movie tu sentimental bagai. Tapi sci fi kot, tak payah sentimental sgt pon tak pe. Yag lain tengok dah, yg Green Zone tu quite tricky and sangat political while The Martian kan, adik dah tengok taw. Bila yg lain nak tengok dia cakap ni pasal Matt Damon tanam kentang kat Marikh. Rasa lawak gila sekali betul. Suka Matt Damon, macam-macam movie dia dah tengok tapi memang suka kalau jenis action punya.

    // afifahaddnan

    ReplyDelete

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017