test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Friday, 16 June 2017

10 malam terakhir Ramadhan

hi there,

Ramadhan semakin ke penghujung, semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Allah SWT di dalam bulan yang indah ini. semoga keikhlasan ibadat kita diterima sang pencipta.

apakah akan ada malam malam  yang lebih indah daripada malam lailatul qadar?

Sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan merupakan waktu yang Rasulullah s.a.w dan para sahabat memperbanyak ibadah kepada Allah s.w.t, selain menjauhkan diri dari pelbagai hal dunia.
Sesungguhnya segala ibadah yang dilakukan adalah untuk menggapai kebaikan dan keberkatan yang disediakan Allah s.w.t dalam bulan mulia itu.
Dalam sepuluh malam terakhir ini juga, Allah s.w.t menjanjikan malam istimewa iaitu ‘Lailatul Qadar’; malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Disebabkan itulah Rasulullah s.a.w mengajarkan kepada umatnya untuk memaksimakan amal ibadah dalam malam-malam terakhir itu dengan sebaik-baiknya. Saidatina Aisyah r.a pernah berkata;
“Adalah Rasulullah s.a.w sangat bersungguh-sungguh pada sepuluh malam terakhir, suatu hal yang beliau tidak bersungguh-sungguh (seperti itu) di luar (malam) tersebut.”
Dengan itu, sebaiknya setiap muslim mencontohi Rasulullah s.a.w dalam kesungguhan Baginda beribadah, terutamanya ketika menjelang sepuluh malam terakhir Ramadan al-Mubarak. Antara amalan yang sangat dianjurkan dan diamalkan oleh Baginda adalah;

#1 – Berqiyamullail

Berqiyamulail adalah dengan mendirikan solat malam dan mengisi malam hari dengan pelabagai ibadah kepada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w bersabda;
“Barangsiapa yang berdiri (untuk mengerjakan solat) pada Lailatul Qadar kerana keimanan dan mengharapkan pahala, akan diampuni untuknya segala dosanya yang telah lalu.”

#2 – Membaca Al Quran

Bulan Ramadan juga adalah bulan al Quran, selain terdapat keutamaan dalam membacanya, bulan Ramadan juga adalah bulan yang turunnya al Quran.
Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Baqarah;
“Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran.”Surah al Baqarah:185
Setiap umat Islam mestilah membacanya, menghayatinya, mempelajarinya dan menjadikan al Quran sebagai panduan hidup.

#3 – Beriktikaf

Itikaf bermaksud berdiam di masjid dengan tujuan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.
Perbuatan iktikaf adalah sunnah Baginda s.a.w pada bulan Ramadan atau di bulan-bulan lain, namun iktikaf adalah lebih khusus dilakukan pada bulan Ramadan.
Disebabkan itu, Rasulullah s.a.w banyak beritikaf pada sepuluh malam terakhir seperti yang diterangkan melalui hadis dari Saidatina Aisyah r.a;
“Sesungguhnya Nabi s.a.w beritikaf pada sepuluh malam terakhir Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian isteri beliau beritikaf setelah itu.”

#4 – Banyak Berdoa

Doa adalah ibadah yang juga merupakan sifat para nabi dan rasul serta ciri-ciri orang yang soleh.
Doa pada bulan Ramadan akan mudah dimakbulkan oleh Allah s.w.t, jadi berdoalah sebanyak-banyak pada sepuluh malam terakhir Ramadan. Firman Allah;
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”Surah al-Baqarah:186

#5 – Banyak Beristighfar Dan Bertaubat

Dalam melalui sepuluh malam terakhir, lakukanlah solat sunat taubat, termasuklah banyak beristighfar kepada Allah s.w.t. Taubat dan istighfar adalah amalan yang sangat dituntut pada oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t berfirman;
“Dan bertaubatlah kalian seluruhnya kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kalian beruntung.”Surah an-Nur:31

#6 – Mengerjakan Umrah

Umrah di bulan Ramadan merupakan amalan sunnah Rasulullah s.a.w. Ibadah ini juga merupakan amalan para solehin yang mengandungi banyak kelebihan dan keistimewaan. Nabi Muhammad s.a.w bersabda;
“Umrah pada bulan Ramadhan menggantikan haji bersamaku.”

#7 – Tidak Tidur Di Sepuluh Malam Terakhir

Baginda Rasulullah s.a.w banyak menghidupkan malam-malam sepuluh terakhir dengan pelbagai ibadah. Diriwayatkan dari Aisyah berkata;
“Pada sepuluh terakhir bulan Ramadan Rasulullah s.a.w lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya.”Hadis Riwayat Imam muslim

#8 – Membantu Keluarga Untuk Beramal Soleh

Dalam hadis Abu Dzar bahawa; Baginda s.a.w melaksanakan solat malam bersama kaum muslimin pada malam 23 dan 25.
Disebutkan juga Baginda s.a.w mengajak kaum keluarga dan isteri-isterinya pada malam 27 secara khusus. Baginda sangat bersungguh membangunkan mereka di malam-malam ganjil yang diharapkan dapat bertemu dengan Lailatul Qadar.
Pada malam-malam sepuluh hari terakhir Ramadan adalah waktu yang sangat tepat untuk beramal. Rasulullah s.a.w telah menunjukkan contoh yang baik untuk melakukan ibadah pada malam-malam yang dangat diberkati ini.
Sebagai umat Islam, rebutlah keberkatan dan janji Allah s.w.t yang tentang istimewanya malam Lailatul Qadar.
Bukan itu sahaja, banyakkanlah ibadah dengan niat untuk dinilai akan segala kebaikan itu di akhirat kelak.
sumber asal di sini

sekadar ingin berkongsi

cheers.

6 comments:

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017