test

Katering SJB Easy Recipe Movie List Lil' IMAN LIL' AMIN Other Biz

5 Latest Entries

Hangat Di Lazada

Monday, 29 May 2017

Road to Tambunan : Angsa berjaya di beli

hi there,

kali ni , mrs pip nak belanja gambar angsa yang di beli di Tambunan hari tu :) ....

yeah! selepas berhenti makan di Motung Lotung hari tu (KLIK SINI) , perjalanan ke Tambunan pun di teruskan .... cuaca memang baik pada awal perjalanan ... anak anak pun gembira kekenyangan ....

mrs pip belanja gambar road of the countryside ke Tambunan .... kiri kanan memang sungguh hijau penuh kedamaian :) ...


dari motung lotung, lebih kurang 56KM lagi untuk sampai Tambunan. kalau trafik elok, kurang dari sejam boleh sampai Tambunan .... perjalanan ke Tambunan sedikit berbukit dan berselekoh, dengan lebar jalan yang sangat terhad, jadi pemanduan perlulah berhati-hati, lagi lagi kalau cuaca berkabus dan hujan.




ada butterfly park, Kipandi Butterfly Park. Tapi tempat ni mcm agak usang dan tidak terurus. Hari tu waktu lalu di sini, pagar butterfly park ni berkunci, entah tempat ni still dibuka kepada public, atau memang sudah ditutup sepenuhnya.


awan tebal ... nampaknya kejap lagi akan hujan ....


jalan yang agak berselekoh dengan road shoulder yang sangat sempit ...



kat atas bukit tu, ada aktiviti perkebunan ... kebun sayur kot ...


hujan pun mula turun ....


dan jalan berkabus ....


kadang kadang kabus terlalu tebal ... ada yang sampai menghalang penglihatan ... ketika ini, pastikan lampu depan dipasang dan memandu dengan lebih perlahan dan berjati hati ....


yang ni pula Gunung Alab Motel & Restaurant, tempat singgah untuk ke tandas awam, atau mahu membeli kudap kudap ... ada juga restoran untuk menjamu selera sebelum meneruskan perjalanan T_T


bersabarlah ya wahai pemandu semua, bila ada kenderaan berat di hadapan ...


antara countryside view yang mrs pip suka ... semuanya nampak hijau dan mendamaikan ....


kalau rasa rasa mau beli produk tempatan, bolehlah singgah di deretan gerai ni :)


Tambunan, here we come ....

lepas tu, bateri kamera (still camera) habis, dan sangatlah kebetulan, bateri handphone mr.Husband pun depleted juga ... uauauaua .... why la so kebetulan ni? .... kalau ambil gambar guna tablet mrs pip 10.1 yang besar gedabak tu, punyalah tidak selesa kan ...

so, berakhir di sini gambar gambar Tambunan kitorang :(


so, inilah dua ekor angsa betina yang di beli di Tambunan tu ... memang sukar sangat untuk mencari penjual angsa ... ni pun mr.Husband merayu kat auntie di Tambunan tu untuk jualkan angsanya ... kesian kitorang ... ada angsa jantan, tapi tiada angsa betina kan ...

nasib baiklah auntie tu berlembut hati jualkan angsa betina dia ni ... many thanks to the auntie :)


dan yang dua ekor angsa putih ni ialah angsa Taiwan, yang mr.Husband beli sekitar lewat tahun lepas ... angsa ni dulu mr.Husband beli tiga ekor, dua jantan satu betina, tapi yang betina pula dah mati :( hari tu ....

oh angsa! you are so happy now sudah 'beristeri' semula, hehe ....

dan baru baru ni, angsa betina dah bertelur! mr.Husband still in progress belajar untuk tetaskan telur telur angsa ni ....

9 comments:

  1. ju blm perna smpai Tambunan.. best jalan jauh ni kalo cuaca bagus kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nnt ada peluang, boleh pergi Tambunan ... then sambung pergi keningau and terus ke Tenom ... mrs pip n mr.husband mmg suka jalan2 road trip bawa anak2 berjalan ....

      Delete
  2. Cantiknya pemandangan dia kak! tenang ja tengok. Tapi part kabus tebal tu memang kena extra careful la. seram juga. tambunan ada tuhau tak kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuhau? Syed pandai makan tuhau? Ada tuhau, byk jual di gerai tepi jalan tu... kalau tuhau ni syed, senang ja cari merata kalau di sabah ..

      Delete
  3. best ada angsa ne kak...tlg jaga rumah juga..kami ada dulu siap patuk punggung adikku yg bongsu.
    tpi mati berpatuk2 sma ular :(

    ReplyDelete
  4. Kunun membeli angsa ni utk jaga tanaman kami Eca, ish...byk monyet bha belakang rumah kakak ni, selalu betul kacau tanaman kalau kami teda...
    Ok juga ni, mcm monyet pun kurang2 sudah mencuri hasil tanaman ... hehe.
    Tapi bikin takut juga angsa ni, pandai mematuk...

    ReplyDelete
  5. Sabah tak pernah tak cantik. Tgk view tu teringat view masa ke kundasang. Tenang sgt rasanya. Tp bila tgk kabus tu takut pula rasanya.

    Wah seronok lah dh dpt isteri baru sebelum raya. Kalau tak, ada yang nyanyi lagu dendang perantau pulak.hehe

    ReplyDelete
  6. Lawa amat pemandangannya.. Saujana mata memandang..

    ReplyDelete
  7. pemandangan sepanjang perjalanan tu memang cantik sangat, tapi kabus tebal tu memang bahayalah tapi bagi yang biasa melaluinya mungkin tidak apa-apakan, cuma kena lebih berhati2mlah kan.

    oh saya takut dengan angsa sebab pernah berlari tak cukup tanah dikejar angsa masa kecil-kecil dulu

    ReplyDelete

Sedang Berlangsung

Sedang Berlangsung
Sponsor Bersama

Sabahan Bloggers

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Mrs Pip 2017