Plan diet terganggu di bulan Januari

hi there,

punyalah gigih mrs pip on diet since September last year kan, berat gedabak 70kg ni dah turun sehingga 62.6kg pada awal December hari tu ... dan kononnya mahu turnkan sehingga 60kg pada penghujung December... tapi , yang dirancang tidak berlaku ... sob sob, sedihnya! 



ekceli. kita ni memang la merancang bagai nak rak, plan itu ini, tapi kekadang apa yang kita rancang tu bukan semua menjadi kan ... mcm mrs pip la , memang bersemangat mau diet, tapi mrs pip tidak boleh menjangka yang mrs pip akan sakit .... ni sakit lama datang kembali *sob sob*

hari tu mrs pip sakit terguling guling tahan sakit, then terfikir la juga kan kalau2 my diet plan selama beberapa bulan ni adalah punca sebenar mrs pip sakit mcm ni... so, sakit punya pasal yang sungguh mrs pip memang tak tahan kan, mrs pip pun pigilah klinik kesihatan di pekan ... 

p/s: jangan pandang rendah dengan klinik kesihatan awam, walaupun kena menunggu lama coz ramai sangat orang yang sakit, tapi selain bayaran murah, yang bestnya doktor kat klinik kesihata lebih prihatin kan ... kalau sakit tu doktor rasa semacam ada yang tak kena, mesti dia suruh check darah lah , check kencing lah, xray lah, buat prosedur itu ini lah, dan semuanya PERCUMA which mrs pip sangat bersyukur coz mmg menambahkan belanja kalau semua prosedur tu mrs pip kena bayar ... dah lah sekarang ni koz hidup sangat terasa mahal ....

doktor beritahu mrs pip ni kena gastrik, so doktor bagilah ubat kan, tapi tu ubat cecair memang tak berkesan dengan mrs pip, dulu dulu pun mcm tu *it was 18 years ago I got my 1st gastic* .... then  a week later mrs pip dtg lagi klinik, kali ni doktor bagi ubat Ranitidine, ubat ni mrs ambil setiap hari 2 biji sehari ... makan makan till 14 days, still gastrik mrs pip tak hilang ... makn sakit adalah ...

so pigi lagi klinik, kali ni really minta tukar ubat yang lagi power, coz ubat sebelum2 ni mmg tak berkesan ... doktor tu pun dengan baik hati bagilah ubat lain ... kali ni dia bagi Omeprazole , so far ini ubat terbaik yang ada di klinik ni untuk sakit gastrik ..... memula ok ja makan ubat ni, tapi lepas tu mula lah ubat ni tak berkesan ... last2 doktor tu advicekan mrs pip buat OGDS ....ahaks! errrrrrrrrr, tak nak lah! 

tapi after discussion dengan doktor tu, mrs pip pun setujulah buat OGDS .... so doktor tu pun buatlah surat untuk mrs bawa pigi hospital Beaufort untuk dapatkan temujanji OGDS ... so on the 15th January hari tu, mrs pip selamat la buat OGDS ni .... doktor buat biospi, dan lagi few more weeks baru boleh dapat result, dan doktor pakar OGDS ni bagi mrs pip ubat lain, kali ni ZOLPRA GR, ni makan sehari sekali ... dan so far alhamdulillah, mrs pip daily ubat ni dan gastrik still datang, tapi tak seteruk hari tu ....

dan untuk bulan Januari ni, memang mrs pip tak diet untuk hilangkan berat, tapi lebih kepada mencari menu diet yang sesuai untuk mrs pip since I have gastric kan ... so banyak la "ujian cuba-cuba" yang mrs pip buat ... so for this bulan Febuari, mrs pip akan start semula the diet plan, tapi lebih berhati hati dengan jenis pemakanan mrs pip .... 

oh my gastric, please go away!

so, let's the diet begin ... and hope to see more kilos loss in the next few weeks ...

cheers.

Post a Comment

0 Comments